ST. LOUIS – Ianya sukar untuk membina semula imej bandar apabila persepsi masyarakat memuncak pada abad yang lalu, dan apabila berita-berita terbaru kadang-kadangnya menjadi suram.
St. Louis merupakan bandar keempat terbesar di negara ini pada tahun 1904, tahun dimana ia pernah menjadi tuan rumah kepada Sukan Olimpik dan Pesta Dunia. Sejak itu, setengah juta penduduk telah hilang dan pergi ke kawasan pinggir bandar. Megah dengan menara Gateway Arch yang berada di pusat bandar yang sunyi pada waktu malam, kecuali terdapat perlawanan besbol dari pasukan Cardinals.
Kini St. Louis, mempunyai 320,000 penduduk, berada dalam kedudukan ke-60 di kalangan penduduk. Tahun lepas pasukan NFL tewas, dan rusuhan telah menjejaskan imej bandar itu selepas anggota polis menembak mereka yang tidak bersenjata pada tahun 2014, dan seorang warga berusia 18 tahun yang tinggal berdekatan dengan Ferguson telah mencetuskan huru-hara.
Namun nasib bandar ini mungkin akan kembali menjadi tumpuan, hasil daripada peningkatan yang mengejutkan dalam sektor perniagaan.
Forbes baru-baru ini menamakan St. Louis sebagai sebuah bandar yang paling pesat berkembang maju dalam pembangunan semula, dan dalam analisis laman web fivethirtyeight.com menyenaraikan St. Louis sebagai sebuah masyarakat kedua paling berkembang pada musim luruh lalu. Rantau ini kini rumah kepada lebih daripada 700 buah syarikat biosains, kebanyakkannya dilancarkan beberapa tahun yang lalu dan berdekatan dengan universiti-universiti di bandar ini dan juga institusi perubatan.
Harapan pemimpin St. Louis akhirnya telah menemui satu cara untuk mengisi jurang yang besar dengan kehilangan syarikat-syarikat besar seperti Trans World Airlines dan McDonnell Douglas, selepas penggabungan korporat, dan penutupan kilang-kilang pembuatan, sepertimana yang dicatatkan dalam the loss of Fortune 500 companies.
Perkembangan pekerjaan dalam sektor sains dan kesihatan telah membantu pemulihan bandar ini yang suram, terutamanya Pittsburgh, di mana kompleks perubatan dan penyelidikan dalam robotik dan kecerdasan buatan (AI) yang luas telah membantu menggantikan kilang keluli yang sudah lama tidak berfungsi.
Namun, masalah serius yang dihadapi oleh bandar ini masih tidak jelas, sejuah mana ia akan pergi. Walaupun dalam usahanya untuk mewujudkan lebih banyak peluang ekonomi di Afrika-Amerika, 36 peratus daripada penduduk berkulit hitam hidup di bawah garis kemiskinan, berbanding dengan 15 peratus daripada orang berkulit putih. Dan dalam sebuah bandar yang seolah-olah terbahagi antara bangsa kulit putih dan hitam, namum majority mangsa yang melalukan jenayah kekerasan – dan penyerang – adalah daripada warga berkulit hitam.
“Terdapat pertumbuhan yang semakin meningkat dan begitu banyak peluang di St Louis,” kata John Gaskin III, ahli lembaga negara NAACP yang telah aktif dalam usaha perdamaian tempatan sejak penembakan Michael Brown di Ferguson. “Tetapi jika kita tidak dapat melihat dengan beberapa masalah asas, saya rasa kita seperti telah terlepas penanda aras kita ini,” kata Gaskin.
Secara geografi dan sosial, St. Louis sentiasa berada dalam suasana industri utara dan Old South. Penduduknya memuncak pada lebih daripada 850,000 pada pertengahan abad ke-20. Sebagai tambahan kepada syarikat-syarikat di bawah Fortune 500 dan pusat perdagangan Mississippi River, St. Louis telah berada di kedudukan kedua selepas Detroit dalam pengeluaran kereta.
Tumpuan utama di St Louis ialah koridor 5-batu antara dua buah universiti. Kemudian berada di tengah-tengahnya adalah daerah Cortex, sebuah ‘hab inovasi’ 200 ekar yang menempatkan 250 syarikat-syarikat baru.
“Suasana di sini, bagi saya, adalah luar biasa,” kata Joe Monahan, seorang penyelidikan perubatan dan syarikat pembangunan, kini dikenali sebagai Confluence Discovery Technologies, dibuka pada tahun 2010 dan kini mempunyai kira-kira tiga dozen saintis.
Projek utama pusat bandar ini masih dijalankan, termasuk pengubahsuaian bernilai AS$ 380 juta bagi kawasan sekitar The Arch dan pengembangan Ballpark Village berhampiran Busch Stadium bernilai AS$220 juta.
Tetapi kemajuan setakat ini telah ditumpukan kepada golongan muda yang berpendidikan tinggi. Rasa putus asa di kawasan kejiranan minoriti miskin menggambarkan 127 suspek dalam kes pembunuhan di bandar ini pada tahun 2016, yang mana 119 daripada adalah mereka yang berkulit hitam.
“Jika kita menjadi sebuah bandar abad ke-21, kita mahukan ia menjadi sebuah bandar yang berkembang maju dengan pekerjaan berteknologi tinggi dan bioteknologi, separuh daripada penduduk di bandar ini hendaklah terkandung dalam formula itu,” kata Malik Ahmed, Ketua Pegawai Eksekutif bagi Better Family Life, sebuah syarikat bukan keuntungan untuk penduduk yang berpendapatan rendah. “Sesiapa yang menafikannya, mereka tidak hidup dalam realiti.” – AP