Monday, May 20, 2024
34.6 C
Brunei

    -

    Stadium tutup awal untuk anjing?

    NEW DELHI, 26 MEI – Pihak berkuasa New Delhi hari ini mengarahkan semua kemudahan sukan untuk dibuka sehingga 10 malam selepas laporan media mendakwa sebuah stadium ditutup awal setiap malam – agar seorang pegawai dapat membawa anjingnya bersiar.

    Dibina untuk Sukan Komanwel 2010, atlet dan jurulatih di Stadium Thyagraj di New Delhi, perlu menamatkan latihan pada jam 7 malam untuk birokrat kanan dan anjing peliharaannya, lapor The Indian Express.

    “Kami biasanya berlatih sehingga 8-8:30 malam,” akhbar itu memetik seorang jurulatih yang enggan dikenali sebagai berkata, menyiarkan gambar pegawai Delhi, Sanjeev Khirwar, seorang wanita dan seekor anjing di trek balapan.

    “Namun sekarang kami diminta meninggalkan stadium menjelang 7 malam agar pegawai itu boleh membawa anjingnya bersiar-siar. Latihan rutin kami terjejas,” katanya.

    Akhbar itu juga memetik ibu bapa atlet berlatih di stadium itu yang lazimnya digunakan oleh atlet kebangsaan dan pemain bola sepak, menerangkan situasi itu ‘tidak boleh diterima dan penyalahgunaan kuasa.’

    Khirwar mengesahkan kepada akhbar itu bahawa dia membawa anjingnya bersiar dalam stadium, namun menafikan bahawa atlet dan yang lain diberitahu untuk meninggalkan stadium itu.

    “Saya tidak akan pernah meminta atlet meninggalkan stadium milik mereka. Meskipun saya berkunjung ke stadium, saya hanya akan pergi selepas stadium itu sepatutnya ditutup,” Khirwar memberitahu The Indian Express.

    “Kami tidak meninggalkannya (anjing) di balapan…bila tiada orang di sekeliling, kami membenarkannya tetapi tidak jika ada atlet. Jika ia sesuatu yang mereka bantah, saya akan menghentikannya,” tambahnya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Lai Ching-te dilantik sebagai presiden Taiwan

    TAIPEI, 20 MEI - Lai Ching-te mengangkat sumpah sebagai presiden baharu Taiwan pada Isnin, memulakan penggal di mana beliau dijangka meneruskan dasar kemerdekaan de...