Sunday, May 5, 2024
29 C
Brunei

    -

    Suasana pilu semasa pengebumian mendiang Joanna

    SERIAN, 25 APRIL – Suasana pilu menyelubungi Tanah Perkuburan Kristian Kampung Engkaroh di sini, pagi ini sepanjang proses pengebumian mendiang Laskar Kanan (LK) JJM Joanna Felicia Rohna yang terkorban dalam tragedi helikopter pada Selasa lalu.

    Mendiang selamat dikebumikan pada jam 11:20 pagi selepas dibawa dari kediaman keluarganya terletak kira-kira 1 kilometer dari tanah perkuburan itu.

    Upacara pengebumian mengikut istiadat Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) itu dihadiri ratusan orang yang memberi penghormatan terakhir.

    Turut hadir ialah Panglima 1 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Mohamed Fauzi Kamis dan Ahli Parlimen Serian, Datuk Seri Richard Riot Jaem.

    Pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang membawa jasad mendiang Joanna, 26, tiba di Pangkalan Udara TUDM di sini pada 11.54 malam tadi.

    Joanna antara 10 mangsa yang terkorban dalam nahas dua helikopter terhempas di Pangkalan TLDM Lumut, Perak pada jam 9:32 pagi Selasa semasa Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang TLDM ke-90.- Bernama

    Jasad mendiang Laskar Kanan (LK) JJM Joanna Felicia Rohna dibawa untuk dikebumikan di Kampung Engkeroh Tebakang kelmarin. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pakistan catat hujan paling tinggi pada April dalam tempoh lebih 60...

    ISLAMABAD, 5 MEI - Pakistan mengalami bulan April paling banyak menerima curahan hujan sejak 1961, iaitu dua kali ganda hujan daripada biasa untuk bulan...