Saturday, May 4, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Sule kunci mulut dakwaan bekas isteri curang punca cerai

    Pengacara dan pelawak Sule enggan mengulas dakwaan mengatakan sikap curang bekas isterinya iaitu Nathalie Holscher menjadi punca mereka berpisah.

    Bapa kepada penyanyi Rizky Febian itu mengambil pendekatan mendiamkan diri kerana menganggap tiada apa lagi yang perlu diperkatakan selepas mereka sah bercerai pada Ogos lalu.

    “Saya tidak mahu memberi sebarang komen tentang hal itu. Kami sudah berpisah. Hanya Tuhan yang tahu segalanya,” jelasnya seperti yang dipetik dari Detik.

    Cerita kecurangan Nathalie mula mendapat perhatian apabila pembantu rumahnya sebelum ini mendedahkan dia mempunyai hubungan dengan lelaki lain ketika masih bergelar isteri Sule.

    Wanita yang dikenali sebagai Wati ini mendakwa dia sendiri melihat Natahlie keluar bersama lelaki lain.

    Khabar angin tersebut bagaimanapun dinafikan oleh Nathalie namun ia masih menjadi bualan hangat disebabkan ramai percaya dia berbuat demikian.

    Sementara itu, Sule juga enggan mengulas lanjut gosip dia sudah kembali mendirikan rumah tangga selepas gambar berpakaian pengantin bersama model, Memes Prameswari tersebar. – Agensi

    Sule enggan ulas kisah lama bersama bekas isteri. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...