Thursday, May 2, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Taeyang dan Jimin umum kolaborasi baharu

    Ahli kumpulan Big Bang, Taeyang dan Jimin BTS (gambar) bakal bekerjasama menerusi sebuah single digital terbaharu berjudul Vibe.

    Perkara itu disahkan oleh syarikat pengurusan Taeyang, The Blacklabel yang turut memuat naik teaser mengumumkan bahawa single baharu itu akan dilancarkan pada 13 Januari ini.

    Dalam pada itu, kolaborasi dua penyanyi hebat ini disambut baik oleh Army dan VIP selaku kelab peminat kumpulan BTS dan Big Bang.

    Rata-rata mereka teruja dengan khabar baik ini dan mengakui sudah tidak sabar untuk mendengar lagu kolaborasi Taeyang dan Jimin.

    “Ya, saya sungguh teruja dan tidak sabar!” Taeyang dan Jimin, kedua-duanya sangat bagus dan mantap.”

    “Saya sangat berharap agar mereka menari dalam muzik video lagu baharu ini nanti,” tulis warganet.

    Terdahulu, kolaborasi antara Jimin dan Taeyang sudah dapat dihidu peminat sejak Disember lalu, namun syarikat pengurusan YG Entertainment yang masih dinaungi oleh Taeyang ketika itu menafikan dakwaan berkenaan. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bangladesh catat suhu paling panas bulan April

    DHAKA, 1 MEI - Biro cuaca Bangladesh berkata hari ini bahawa bulan lalu merupakan bulan paling panas dalam rekod, dengan negara Asia Selatan dan...