Friday, April 26, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Didenda lebih $21,000 miliki rokok, vape

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 JAN – Seorang lelaki tempatan berusia 20 tahun, yang memiliki rokok seludup dan barangan vape, diarah membayar denda $21,200 oleh Mahkamah Majistret, hari ini.

    Pemangku Majistret Kanan Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid, yang bersidang di mahkamah Kuala Belait memerintahkan Nur Fahmi bin Haji Mohd Jawie menjalani hukuman penjara 13 bulan jika gagal membayar denda berkenaan selepas dia mengaku bersalah memiliki 17 karton dan sepaket rokok, serta 90 kotak dan dua unit pod vape.

    Pendakwa kastam memaklumkan kepada mahkamah bahawa pegawai pencegah kastam telah memeriksa rumah defendan di Jalan Pandan 5, Kuala Belait pada pukul 4:02 petang 27 Julai 2022 di mana barangan seludup berkenaan ditemui.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...