Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    JPCC lancar Little Kingdom Petting Zoo

    Oleh Ak Zaki Kasharan
    Gambar oleh Izah Azahari

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 OGOS – Jerudong Park Country Club Sdn Bhd (JPCC) telah mencatatkan satu lagi pencapaian penting apabila melancarkan Little Kingdom Petting Zoo, hari ini.

    Pelancarannya telah disempurnakan oleh Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin selaku pengerusi Lembaga Pengarah JPCC.

    Dalam ucapan alu-aluan Pengurus Besar JPCC, Hajah Siti Norzalena binti POKLRDSLJ Haji Abdul Rahman menjelaskan bahawa zoo berkenaan adalah tempat unik di mana spesies haiwan dari merata dunia termasuk Afrika, Amerika Utara dan Selatan akan dibesarkan di Brunei Darussalam dan dijaga oleh pakar haiwan yang terdiri daripada belia Brunei sendiri.

    Selain daripada haiwan unik, ia juga menawarkan program Edutainment.

    Little Kingdom Petting Zoo telah direka sebagai pengalaman pembelajaran luar khusus bagi para pelajar pra hingga ke Tahun 6. 

    Program berkenaan adalah cantuman pendidikan bersama unsur-unsur hiburan (edutainment) dan dengan hasrat untuk mengubah pendapat bahawa pendidikan adalah terhad kepada sekolah atau bilik darjah dan hanya berasaskan teks.

    Zoo berkenaan akan mempamerkan keindahan dan kelainan sifat pada haiwan-haiwan yang ada dan diharapkan dapat meningkatkan kemahiran sosial, perkembangan kognitif dan peningkatan deria kanak-kanak.

    Little Kingdom Petting Zoo dibukakan untuk kunjungan orang ramai pada setiap hari kecuali Isnin.

    Yang Berhormat Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan melancarkan Little Kingdom Petting Zoo, kelmarin.
    Yang Berhormat Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan melihat haiwan yang terdapat di zoo berkenaan.
    Yang Berhormat Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan bergambar ramai di hadapan pintu masuk Little Kingdom Petting Zoo semasa majlis pelancarannya kelmarin.
    Antara pengunjung yang berkesempatan melihat dengan lebih dekat haiwan unik yang ditawarkan di Little Kingdom Petting Zoo, Jerudong Park Country Club Sdn Bhd. Little Kingdom Petting Zoo direka untuk memberikan pengalaman pembelajaran luar kepada para pengunjung.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...