Tuesday, May 21, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Tentera buru penyerang pusat pemeriksaan

    BAITULMAQDIS, 9 OKT – Tentera Israel sedang memburu penyerang di sebalik serangan yang membunuh seorang tentera di pusat pemeriksaan timur Baitulmaqdis, kata pihak berkuasa hari ini, beberapa jam selepas dua remaja Palestin ditembak mati dalam serbuan Israel di Tebing Barat.

    Tentera Israel berkata seorang tentera telah ‘terbunuh selepas mengalami kecederaan akibat serangan tembakan’ yang menurut polis berlaku di pusat pemeriksaan di timur Baitulmaqdis, berhampiran kem pelarian Shuafat Palestin.

    Tentera yang maut itu dikenal pasti oleh sebagai Noa Lazar, 18. Dia pernah berkhidmat dalam polis tentera.

    Seorang lelaki warga Israel, berusia 30 tahun juga telah dibawa ke hospital Hadassah dalam keadaan serius selepas ditembak di kepala, menurut pusat perubatan itu dalam satu kenyataan.

    Dua pegawai polis sempadan tambahan turut mengalami kecederaan selepas terkena serpihan, kata polis.

    Polis mengepung kawasan berhampiran pusat pemeriksaan dan berpuluh-puluh pegawai telah ditempatkan di pintu masuk dan keluar Baitulmaqdis timur.

    Tiga warga Palestin berusia 20an dari Baitulmaqdis timur telah ditangkap kerana disyaki ‘terlibat dalam serangan tersebut’, menurut kenyataan polis. Perdana Menteri Israel Yair Lapid pagi ini menyifatkan kematian Lazar sebagai amat mendukacitakan.

    “Kami tidak akan berhenti sehingga membawa pembunuh ini ke muka pengadilan,” katanya dalam satu kenyataan.

    Awal Sabtu, dua remaja Palestin ditembak mati dalam operasi oleh tentera Israel di Jenin, bandar utara di Tebing Barat. – AFP

    Gambar fail menunjukkan seorang pegawai polis Israel berjalan di tempat kejadian serangan tembakan berhampiran kem pelarian Shuafat di Baitulmaqdis, 8 Oktober 2022. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam pilihan raya fasa kelima

    AYODHYA, 20 MEI - Berjuta-juta orang India di 49 kawasan pilihan raya mula membuang undi pada hari ini ketika pilihan raya selama enam minggu...