Monday, May 20, 2024
25.6 C
Brunei

    -

    Thailand kecam serangan keganasan di Moscow

    BANGKOK, 25 MAC – Thailand mengecam sekeras-kerasnya serangan keganasan di Moscow, Rusia yang meragut lebih 100 nyawa dan mencederakan lebih 100 mangsa pada Jumaat lepas.

    Kementerian Luar Thailand berkata pihaknya terkejut dan amat sedih dengan serangan kejam dan keji ke atas orang awam yang tidak bersalah.

    “Thailand merakamkan ucapan takziah kepada semua mangsa dan keluarga mereka atas kehilangan orang kesayangan mereka.

    “Ingatan dan doa rakyat Thailand adalah bersama rakyat Rusia pada masa yang tragis dan sukar ini,” menurutnya dalam satu kenyataan di sini pada hari ini.

    Serangan pengganas di Dewan Bandaraya Crocus di Moscow menyebabkan kematian sekurang-kurangnya 133 orang dan mencederakan lebih 140 mangsa. – Bernama

    Gambar AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam pilihan raya fasa kelima

    AYODHYA, 20 MEI - Berjuta-juta orang India di 49 kawasan pilihan raya mula membuang undi pada hari ini ketika pilihan raya selama enam minggu...