Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Thailand komited jalin kerjasama dengan negara Islam, tingkatkan daya saing ekonomi

    PATTANI, 12 JUN – Thailand komited untuk bekerjasama dengan negara-negara Islam membabitkan isu keselamatan makanan, tenaga dan perubahan iklim bagi meningkatkan daya saing ekonomi, kemajuan dan kualiti hidup rakyatnya, kata Timbalan Perdana Menteri, Anutin Charnvirakul.

    Anutin berkata Perdana Menteri Srettha Thavisin baru-baru ini mengumumkan dasar untuk menjadikan Thailand sebagai hab serantau dalam bidang seperti perkhidmatan kesihatan, pengangkutan udara, telekomunikasi, pendidikan dan pelancongan.

    “Thailand komited untuk bekerjasama dengan rakan-rakan kita di negara-negara Islam dalam isu keselamatan makanan, tenaga dan perubahan iklim demi kestabilan dan kualiti hidup rakyat,” katanya selepas menyampaikan ucapan alu-aluan semasa Lawatan Duta ke Wilayah Sempadan Selatan Thailand 2024 kelmarin.

    Program Lawatan Duta selama tiga hari yang bermula kelmarin, dianjurkan oleh Pusat Pentadbiran Wilayah Sempadan Selatan (SBPAC) dan Kementerian Luar Thailand untuk mempamerkan kekuatan dan potensi pembangunan wilayah sempadan selatan Thailand. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda