Friday, December 6, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Thariq Halilintar, Fuji putus lagi

    Selepas setahun menjalinkan hubungan cinta secara serius, pasangan YouTuber, Thariq Halilintar dan Fuji dilaporkan sudah terlerai.

    Kapanlagi.com melaporkan, pasangan berkenaan mula berkenalan sejak 2019 namun memutuskan hubungan mereka pada akhir Januari lalu.

    Khabar mengejutkan itu turut dikongsikan oleh Thariq dan Fuji menerusi Instagram mereka.

    Menurut Thariq, dia awalnya tidak mahu berkongsi khabar menyedihkan itu kerana bimbang akan berlaku salah faham.

    “Hai Thofu (panggilan buat peminat) yang saya sayangi, saya sebenarnya tak nak bercakap mengenai perkara ini kerana belum bersedia dan tidak menyalahkan mana-mana pihak kerana risau akan salah faham.

    Thariq dan Fuji tidak lagi bersama. – Agensi

    “Saya nak beritahu bahawa hubungan kami berdua telah putus pada ulang tahun saya.

    Semua kenangan yang dilalui bersama Fuji amat indah bagi diri saya,” katanya.

    Sementara itu, Fuji pula memberitahu bahawa dia dan Thariq masih lagi berkawan baik walaupun sudah tidak bersama lagi.

    “Saya harap semua pihak boleh terima keputusan kami. Saya dan Thariq masih lagi berkawan baik. Harapnya tidak timbul salah faham,” kongsinya.

    Pun begitu, ini bukan kali pertama pasangan ini berpisah malah pada tahun 2022 keduanya pernah memilih membawa haluan masing-masing namun kembali bersama. – Agensi

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda