Thursday, May 2, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Tiada anak bukan punca Jennifer Aniston bercerai

    Pelakon Jennifer Aniston berkongsi pengalaman berdepan masalah kesuburan dan sukar untuk hamil yang pernah dilaluinya sebelum ini.

    Menerusi temu bual bersama majalah Allure, pelakon drama siri Friends ini menceritakan perjuangan dirinya memiliki anak melalui rawatan In Vitro Fertilization (IVF) yang dilakukan selama beberapa tahun.

    Jennifer, 53, mengakui tertekan dengan pandangan masyarakat yang sering bertanyakan tentang kemampuan dirinya untuk mempunyai zuriat.

    Malah, pelakon ini telah mencuba pelbagai usaha termasuklah mengamalkan minuman teh Cina sebagai salah satu ikhtiar yang dilakukan untuk hamil.

    “Sepanjang beberapa tahun, ia benar-benar sukar buat saya. Saya telah menjalani IVF, minum teh Cina, sebut sahaja semuanya saya telah cuba berusaha,” katanya.

    Jennifer mengakui tertekan dengan pandangan masyarakat yang sering bertanyakan tentang kemampuan dirinya untuk mempunyai zuriat. – Agensi

    Dalam pada itu, Jennifer memberitahu sebelum ini timbul khabar angin kononnya perkahwinannya dengan Brad Pitt berakhir kerana dia tidak mahu memiliki zuriat.

    “Alasan suami meninggalkan saya, mengapa kami berpisah dan mengakhiri pernikahan kami adalah kerana tidak mempunyai anak semuanya adalah satu pembohongan!” jelasnya.

    Bagaimanapun, pelakon ini tidak mengendahkan khabar angin itu dan hanya memberi fokus kepada kerjayanya dalam bidang lakonan.

    “Saya boleh katakan di usia lewat 30an dan 40an ini, saya melalui fasa yang paling sukar.

    Jika saya tidak kuat, saya tidak akan menjadi seperti siapa saya hari ini,” ujarnya.

    Jennifer mendirikan rumah tangga dengan Brad Pitt pada 2000 dan bercerai pada tahun 2005. Jennifer kemudiannya berkahwin dengan Justin Theroux pada 2015 dan berpisah pada tahun 2017. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bangladesh catat suhu paling panas bulan April

    DHAKA, 1 MEI - Biro cuaca Bangladesh berkata hari ini bahawa bulan lalu merupakan bulan paling panas dalam rekod, dengan negara Asia Selatan dan...