SEWAKTU kecil, kita sering dipaksa oleh orang tua supaya sentiasa memastikan kebersihan diri dengan mandi, membersihkan tangan serta memberus gigi dengan sempurna. Tetapi, biasalah, perkara sebegitu sering tidak disukai oleh kanak-kanak. Tetapi jika anak-anak dilatih dan dididik dengan penuh disiplin, penjagaan diri mereka pastinya akan terjamin. Lama-kelamaan apabila mereka semakin membesar, mereka pasti sudah mengetahui