Tuesday, May 21, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Tingkat kesedaran isu buli di sekolah

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 SEPT – Dalam usaha memberikan dan meningkatkan kesedaran mengenai isu buli, Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah (Maktab Duli) telah mengadakan Pertandingan Poster Digital Anti-Buli yang diakhiri dengan majlis penyampaian hadiah di Pusat Perkhidmatan Pembelajaran Pelajar (SLSC), Maktab Duli pada 13 September lalu.

    Hadir untuk menyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang ialah Pengetua Maktab Duli, Dayangku Hajah Nooramaliatifah binti Pengiran Haji Ahmad.

    Pertandingan yang dianjurkan oleh Bahagian Kaunseling yang diketuai oleh Hajah Azizah binti Haji Wahsalfelah itu bermatlamat untuk meningkatkan kesedaran para pelajar mengenai isu buli di sekolah-sekolah di Brunei.

    Ia menyaksikan penyertaan daripada 10 orang peserta di mana poster para peserta telah dipamerkan di SLSC dari 11 hingga 16 September lalu.

    Tempat pertama telah dimenangi oleh Dayang Arshia binti Tariq dengan poster berslogan Bullying is a Crime, Don’t Be a Bully, Be a Buddy, tempat kedua dimenangi oleh Awang Muhamad Nur Aiman Haziq Danish bin Awang Mohd Hazman dengan poster berslogan, Perseverance manakala itu tempat ketiga dimenangi oleh Dayang Adlina binti Haji Mohd Munchit @ Abdul Maten dengan poster berslogan Bullies are Wimps in Disguise.

    Dayang Arshia bergambar bersama posternya pada majlis yang berlangsung di SLSC, Maktab Duli pada 13 September lalu. – Gambar serahan Maktab Duli
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran isytihar berkabung 5 hari

    TEHRAN, 20 MEI - Pemimpin Tertinggi Revolusi Islam Iran, Ayatollah Seyyed Ali Khamenei mengisytiharkan selama lima hari tempoh berkabung awam berikutan kematian Presiden Ebrahim...