Monday, May 20, 2024
24.6 C
Brunei

    -

    Tujuh rakyat Palestin cedera

    NABLUS, PALESTIN, 12 JAN – Tujuh rakyat Palestin cedera akibat terkena tembakan tentera Israel di bandar Nablus Tebing Barat kelmarin, menurut kenyataan Kementerian Kesihatan, lapor agensi Anadolu.

    Sementara itu, TV Palestin melaporkan tentera Israel menahan empat rakyat Palestin semasa operasi ketenteraannya di bandar Nablus.

    Kelmarin, tentera Israel cuba memasuki Nablus dari beberapa pintu masuk, menurut saksi.

    Tentera Israel berulang kali melakukan serbuan ke bandar itu untuk mencari anggota kumpulan bersenjata yang dikenali sebagai Lions’ Den.

    Israel menyalahkan kumpulan itu kerana menyasarkan serangan ke atas Israel termasuk menyebabkan kematian seorang askar Israel pada Oktober tahun lalu.

    Terdahulu, seorang warga Palestin dilaporkan maut akibat ditembak ketika tentera Israel menyerbu kem pelarian Balata, di utara Baitulmaqdis. – Bernama

    Pemuda Palestin bertempur dengan pasukan keselamatan Israel susulan operasi ketenteraan di bandar Nablus, kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam pilihan raya fasa kelima

    AYODHYA, 20 MEI - Berjuta-juta orang India di 49 kawasan pilihan raya mula membuang undi pada hari ini ketika pilihan raya selama enam minggu...