Friday, May 10, 2024
28 C
Brunei

    -

    Korea Selatan cuba selesai isu buruh paksa Jepun

    SEOUL, 12 JAN – Korea Selatan hari ini berkata ia sedang mempertimbangkan untuk memberi pampasan kepada mangsa buruh paksa Jepun semasa perang tanpa penyertaan langsung syarikat Jepun, ketika Seoul mencari hubungan rapat dengan Tokyo untuk menentang pencerobohan Korea Utara.

    Korea Selatan dan Jepun adalah kedua-dua sekutu keselamatan serantau utama Amerika Syarikat, tetapi hubungan dua hala lama tegang berikutan pemerintahan penjajahan Tokyo pada 1910-45 di semenanjung Korea.

    Kira-kira 780,000 orang warga Korea telah ditugaskan menjadi buruh paksa oleh Jepun selama 35 tahun pendudukan tentera, menurut data dari Seoul, tidak termasuk wanita yang dipaksa menjadi hamba seks oleh tentera Jepun.

    Pada pendengaran awam hari ini, Seo Min-jong, seorang pegawai kanan kementerian Luar Negeri, berkata ideanya ialah mangsa boleh “menerima pampasan melalui pihak ketiga”.

    Laporan tempatan berkata dana dalam perbincangan itu akan menggunakan derma daripada syarikat Korea Selatan, yang mendapat manfaat daripada pakej ganti rugi dari Jepun, tanpa penyertaan syarikat Jepun.

    Tetapi idea itu telah mendapat bantahan keras daripada kumpulan mangsa, yang mahukan pampasan kewangan dan permohonan maaf terus daripada syarikat Jepun yang terlibat. – AFP

    Rakyat Korea Selatan mengadakan perhimpunan untuk menentang resolusi yang dilaporkan kerajaan terhadap isu itu di luar Perhimpunan Negara di Seoul atas isu pampasan kekejaman perang. – AP
    Bantahan berlaku yang menuntut syarikat dari Jepun membayar buruh paksa semasa perang dunia kedua mengakibatkan ramai rakyat Korea Selatan menjadi mangsa. – AP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    9 maut dalam letupan kilang bunga api di selatan India

    NEW DELHI, 10 MEI - Sekurang-kurangnya sembilan orang, termasuk enam wanita terbunuh manakala 10 lagi cedera dalam letupan sebuah kilang bunga api di negeri...