Saturday, May 4, 2024
26.4 C
Brunei

    -

    Tun Fatimah ke layar digital

    Selepas lebih tiga tahun menggarap idea, kisah srikandi, Tun Fatimah: The Rebel Queen bakal diangkat ke layar digital melalui pembiayaan geran Cabaran Pencipta Kandungan Digital (DC3+) daripada Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

    Geran DC3+ diberi bagi menggalak penciptaan kandungan digital yang dapat menyokong penggunaan imej janaan komputer (CGI) dalam penerbitan filem.

    Pengasas dan Pengarah Urusan bzBeeConsult Sdn Bhd, Mohd Said Bani CM Din, berkata Malaysia mempunyai banyak kisah legenda yang patut diketengahkan di persada antarabangsa.

    Tun Fatimah: The Rebel Queen adalah penceritaan penting untuk memberi kesedaran dan memelihara warisan hikayat.

    “Kisah ini diadaptasi daripada novel KIRANA – Dream After The Rose hasil tulisan Ketua Pegawai Operasi bzBee, Ninot Aziz.

    Tun Fatimah: The Rebel Queen adalah kisah penting untuk meningkatkan kesedaran dan memelihara warisan hikayat. – Agensi

    “Kami ambil pendekatan berbeza dalam menceritakan kisah Tun Fatimah iaitu ratu Melaka terakhir pada abad ke-16 dan Melaka hari ini.

    “Matlamat utama kami adalah untuk menghasilkan filem ‘blockbuster’ yang berlandaskan Melaka,” katanya kepada BH Online.

    Penerbit menganggap sudah tiba masanya untuk mempamerkan pelbagai kisah hikayat, termasuk Tun Fatimah yang terkenal atas keberanian, ‘kehalusan’ berpolitik dan jati diri dalam meneruskan legasi Melaka selepas pencerobohan Portugis.

    Ninot berkata, Tun Fatimah: The Rebel Queen memperkasakan tokoh wanita yang tabah dalam sejarah Malaysia selain menonjolkan nilai, budaya dan warisan Melaka.

    “Sebagai pencerita, peluang untuk menerokai teknologi CGI adalah satu pengalaman amat unik.

    “Hikayat legenda dan cerita rakyat menjadi penyimpan khazanah pelbagai ilmu yang merangkumi tadbir urus, protokol, diplomasi, seni bina, pembinaan kapal, persenjataan dan tekstil.

    “Selain itu, ada amalan perubatan, kesusasteraan, hiburan, muzik, tarian, kebijaksanaan dan pemikiran kreatif yang membuktikan masyarakat lama kita memiliki idea dan kreativiti berkonsep ilmiah yang tinggi,” katanya. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gara-gara pelancong ‘biadab’, pemandangan Gunung Fuji disekat

    FUJIKAWAGUCHIKO, JEPUN, 3 MEI - Kerja-kerja telah dimulakan di sebuah pekan kecil Jepun untuk membina sekatan yang menghalang pemandangan pa-ling terkenal di negara itu,...