Wednesday, September 18, 2024
28.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    UBD anjur TEDxUBD ke-2

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 SEPT – Universiti Brunei Darussalam (UBD) hari ini telah mengajurkan acara TEDxUBD yang ke-2 di Pusat Seni Pro-Canselor, UBD dengan temanya Futuring Together.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Naib Canselor UBD, Dr Hazri bin Haji Kifle.

    Susulan kejayaan luar biasa acara TEDx sulung tahun lalu, perhimpunan tahun ini sekali lagi mendapat sambutan penuh, yang memperlihatkan semangat masyarakat ter-hadap idea inovatif dan amalan mampan. Acara itu mempamerkan barisan tujuh penceramah yang terdiri daripada kakitangan UBD, pelajar dan alumni serta penceramah jemputan yang berkongsi idea yang patut disebarkan berpandukan Matlamat Pembangunan Mampan (SDG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

    Ceramah tersebut meraikan inisiatif tempatan yang memberikan inspirasi dan menarik minat penonton serta menekankan peranan utama UBD dalam menggalakkan budaya penerimaan terhadap komuniti setempat.

    Pada majlis itu, pihak penceramah turut membincangkan pelbagai topik, termasuk Ketidakupayaan Kecerdasan Buatan (AI) untuk Menggantikan Sepenuhnya Pembelajaran Bahasa Manusia, Inovasi Mampan yang Didorong oleh Kerjasama Berasaskan Teknologi, Kepentingan Kejujuran Intelektual terhadap Pulangan Pelaburan Syarikat, Peranan Ekonomi Kitaran dalam Rangkaian Perniagaan, Peningkatan Rangkuman dan Kebolehcapaian untuk Kanak-kanak Berkeperluan Khas dan Isu Kesihatan Mental, Kepentingan Literasi Digital dalam Mempromosikan Masa Depan yang Mampan, dan Kepentingan Kesukarelawanan yang Mampan dalam Menyokong Masyarakat yang Berdaya Tahan.

    Acara tersebut diakhiri dengan cabutan bertuah di mana seorang penerima telah memenangi penginapan percuma untuk dua orang di Hotel Radisson, menambah elemen menarik pada acara itu.

    Di samping itu, UBD merakamkan penghargaan kepada penajanya, termasuk Syarikat Minyak Brunei Shell (BSP), Digimark Enterprise, UOB Asset Management (B) Sdn Bhd, Hotel Radisson, Treasure Cove dan semua sukarelawan yang telah menyumbang dalam menjayakan acara itu.

    Hajah Maudena menyampaikan ucapan semasa majlis berkenaan. – GAMBAR SERAHAN UBD
    Antara yang hadir semasa majlis berkenaan. – GAMBAR SERAHAN UBD
    GAMBAR SERAHAN UBD

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda