LONDON, 23 JAN – Britain semalam melancarkan siasatan terhadap daya saing teknologi yang digunakan oleh dua syarikat gergasi Amerika Syarikat, Apple dan Google dalam peranti mudah alih.
Pihak Berkuasa Persaingan dan Pasaran (CMA) memaklumkan siasatan terhadap ‘status pasaran strategik’ itu akan menilai ‘ekosistem mudah alih’ yang meliputi sistem operasi, kedai aplikasi dan pelayar web.
Apple dan Google menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan CMA, sambil menegaskan sokongan mereka terhadap kebebasan pilihan dalam pasaran.
Ketua Eksekutif CMA, Sarah Cardell berkata, “Ekosistem mudah alih yang lebih kompetitif berpotensi memacu inovasi baharu dan mencipta peluang baharu dalam pelbagai perkhidmatan yang digunakan oleh jutaan orang.”
Dalam satu kenyataan, CMA memaklumkan bahawa keputusan berhubung siasatan tersebut dijangka diumumkan pada akhir Oktober. – AFP