Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Ursula menang penggal kedua

    STRASBOURG, PERANCIS, 18 JULAI – Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen pada hari ini memenangi penggal kedua lima tahun yang dijanjikannya akan menyaksikan EU memperkukuh keupayaan pertahanannya, mengukuhkan industrinya dan menangani krisis perumahan.

    Von der Leyen menerima undian daripada 401 anggota Parlimen dalam dewan 720 kerusi yang menyokongnya – lebih majoriti 361 undi yang diperlukannya untuk kekal sebagai ketua badan eksekutif EU itu.

    Terdapat 284 ahli parlimen yang mengundi menentang dalam undi sulit itu, yang diadakan semasa sesi parlimen pertama sejak pilihan raya seluruh EU pada Jun.

    Bekas menteri pertahanan Jerman itu, yang menjadi ketua wanita pertama Suruhanjaya Eropah pada 2019, telah menunjukkan dirinya sebagai kapten terbaik dan paling berpengalaman untuk mengemudi suruhanjaya itu. – AFP

    Gambar AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda