Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Usaha Malaysia lesenkan platform media sosial tarik perhatian

    KUCHING, 8 OGOS – Usaha Malaysia untuk melesenkan platform media sosial telah mendapatkan perhatian beberapa buah negara yang menyatakan minat untuk menuruti langkah berkenaan, kata Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil.

    Beliau berkata, badan kawal selia komunikasi United Kingdom (UK), Ofcom, menjadi antara yang menghubungi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) bagi mengetahui lebih lanjut berkaitan pelaksanaan inisiatif itu.

    “Pihak Singapura juga ada bertanya negenai proses pelesenan itu, (namun) penting untuk diingatkan bahawa lain negara mempunyai lain cara (pelaksaaan) mengikut undang-undang terpakai di negara tersebut.

    “Saya percaya bila kita mempengerusikan ASEAN 2025, lebih banyak (negara) yang akan ingin mengetahui pencapaiannya dan apa yang telah berjaya kita lakukan berdasarkan proses pelesenan yang akan berkuat kuasa 1 Januari 2025,” katanya.

    Fahmi berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2023 zon Sarawak, hari ini.

    Terdahulu dalam ucapan perasmiannya beliau berkata langkah Malaysia berhubung pelesenan itu telah ‘membuka mata’ negara lain untuk tidak membiarkan platform media sosial terus mengaut keuntungan dan melanggar undang-undang negara.

    “Ini kali pertama sebuah badan kawal selia barat (Ofcom) menghubungi kita dan bertanya bagaimana untuk melesenkan kerana mereka sudah berhempas pulas berusaha menyelesaikan isu ini begitu lama. – Bernama

    Fahmi semasa bercakap kepada media selepas menghadiri Jamuan Makan Tengah Hari bersama Kuching Division Journalists Association (KDJA) pada 8 Ogos. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda