Sunday, May 5, 2024
29 C
Brunei

    -

    Usahawan wanita tingkat kemahiran perniagaan menerusi program bimbingan

    KUALA LUMPUR, 30 SEPT – Lebih 6,000 usahawan wanita seluruh Malaysia dan Indonesia menerima latihan bimbingan dan kemahiran digital yang penting bagi mengembangkan perniagaan mereka dalam program yang dianjurkan oleh The Asia Foundation.

    Program Accelerate My Business itu dianjurkan oleh organisasi pembangunan bukan bersifat keuntungan Asia Foundation dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) dan syarikat antarabangsa seperti AT&T, Visa, dan DHL.

    Ketua Setiausaha kementerian berkenaan Datuk Suriani Ahmad berkata perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PKS) yang diterajui wanita mesti bekerjasama dalam ruang digital untuk meningkatkan kemahiran kepimpinan mereka dalam usaha menjadi agen perubahan yang aktif.

    “Wanita yang menerajui PKS akan dapat memainkan peranan mereka sebagai ejen perubahan. Mereka akan mendapat inspirasi untuk menghasilkan penyelesaian yang lebih baik bagi menangani cabaran sosioekonomi dan alam sekitar yang kita hadapi hari ini,” katanya pada sidang kemuncak Accelerate My Business yang diadakan dalam talian hari ini. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pakistan catat hujan paling tinggi pada April dalam tempoh lebih 60...

    ISLAMABAD, 5 MEI - Pakistan mengalami bulan April paling banyak menerima curahan hujan sejak 1961, iaitu dua kali ganda hujan daripada biasa untuk bulan...