Friday, April 26, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    StanChart tawar lima kali ganda mata ganjaran

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 SEPT – Para pemegang kad kredit Visa dan Mastercard Bank Standard Chartered (StanChart) berpeluang mendapatkan lima kali ganda mata ganjaran apabila menggunakan kad mereka menerusi promosi quintet yang ditawarkan sehingga penghujung Disember ini.

    Pelanggan akan mendapatkan tawaran itu apabila menggunakan kad mereka di mana-mana perniagaan berkaitan perjalanan, perniagaan luar negara dan di semua rakan kongsi Program The Good Life, menurut kenyataan yang dikeluarkan StanChart.

    Ketua Perbankan Perniagaan, Pengguna dan Swasta StanChart, Jocelane Basir dipetik berkata, mereka begitu teruja untuk mengumumkan promosi bermanfaat itu untuk pemegang kad kredit bank berkenaan yang dapat menyerlahkan rakan-rakan kongsi mereka di bawah Program The Good Life.

    Tambahnya, promosi berkenaan juga membolehkan pelanggan mereka memanfaatkan sepenuhnya perbelanjaan pada musim akhir tahun nanti.

    Kad kredit StandChart diiktiraf dan diterima secara global, dan dengan pembukaan semula perjalanan, ia adalah masa yang sesuai untuk memanfaatkan faedah dan ciri yang disertakan dengan kad kredit tersebut.

    StanChart turut menyatakan bahawa pelanggan yang berminat untuk memohon kad kredit StanChart semasa tempoh promosi juga akan mendapatkan lima kali ganda mata ganjaran serta 5 peratus pulangan tunai pada transaksi pertama mereka yang dibuat dengan perniagaan berkaitan perjalanan terpilih dalam tempoh 60 hari pertama semasa promosi berkenaan, dan lima tahun pengecualian yuran tahunan untuk kad utama dan satu kad tambahan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gelombang haba landa pengundi ketika pilihan raya India disambung semula

    MATHURA, 26 APRIL - Kemelut pilihan raya India selama enam minggu disambung semula pada hari ini dengan berjuta-juta orang berbaris di luar pusat mengundi...