Tuesday, February 11, 2025
31.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Vietnam sasar kurangkan pekerjaan di sektor awam

    HANOI, 10 FEB – Vietnam menyasarkan untuk mengurangkan satu daripada lima pekerjaan sektor awam dan mengurangkan berbilion dolar daripada belanjawan kerajaan, mencerminkan desakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, untuk mengambil kira perbelanjaan.

    Rancangan pembaharuan itu yang akan dihadapkan ke Parlimen yang mempunyai kuasa besar terhadap undang-undang dalam beberapa hari akan datang menimbulkan rasa kurang selesa di negara komunis itu di mana bekerja untuk negeri itu bermakna ia merupakan pekerjaan untuk seumur hidup.

    Pemimpin tertinggi Vietnam To Lam, yang setengah tahun lalu menjadi setiausaha agung Parti Komunis berikutan kematian pendahulunya, telah berkata bahawa agensi negara tidak seharusnya menjadi tempat selamat untuk pegawai yang lemah.

    “Jika kita ingin memiliki badan yang sihat, kadang-kadang kita mesti mengambil ubat pahit dan menahan sakit untuk membuang tumor,” kata Lam Disember lalu.

    Pembaharuan itu, yang disifatkan sebagai ‘revolusi’ oleh pegawai kanan, akan menyaksikan jumlah kementerian dan agensi kerajaan dikurangkan daripada 30 kepada 22. Media, perkhidmatan awam, polis dan tentera semua akan berdepan pengurangan tenaga kerja.

    Hampir dua juta orang bekerja di sektor awam pada 2022, dan satu daripada lima pekerjaan ini akan diteruskan dalam tempoh lima tahun akan datang, menurut kerajaan.

    Daripada itu, 100,000 orang akan diberhentikan kerja atau ditawarkan bersara awal, tetapi ia masih belum jelas tentang bagaimana sasaran yang lebih besar akan dicapai. – AFP

    Gambar menunjukkan penjual buah-buahan berjalan melintasi Kementerian Penerangan dan Komunikasi di Hanoi pada 5 Februari. – AFP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda