Sunday, July 7, 2024
22 C
Brunei

    -

    Wani Kayrie tersentuh lihat ibu pakai jubah konvo

    Kejayaan menggenggam segulung ijazah memberi makna cukup besar buat penyanyi Wani Kayrie kerana dapat membuatkan ibunya iaitu Rukiah berasa bangga.

    Wani atau Syazwani Abdullah, 24, apa yang diperoleh itu tidak datang dengan mudah kerana dia perlu bekerja keras membahagikan masa sebaik-baiknya.

    “Dulu saya datang dari keluarga yang tidak senang dan tidak berkemampuan untuk sambung pengajian ke peringkat tinggi.

    “Hanya setakat peringkat Sijil Peperiksaan Malaysia (SPM) kerana tanggungjawab terhadap keluarga.

    “Oleh sebab itu saya pasang niat untuk belajar tinggi kerana mahu melihat mama pakai jubah ijazah ini.

    Wani pasang impian sambung pengajian peringkat sarjana. – Oh My Media

    “Kalau tidak kerana dorongan mama, saya tidak dapat merasa pegang ijazah ini,” menurut mStar yang memetik kata-kata Wani menerusi satu hantaran di Instagram beliau pada Selasa.

    Pada Sabtu lalu, penyanyi ini menerima Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Undang-undang dan Perdagangan dalam majlis istiadat konvokesyen di Management and Science University (MSU).

    Menerusi hantaran yang dimuat naik itu juga Wani berkongsi kegembiraan dengan
    merakam foto ibunya memakai jubah graduasi.

    Dalam pada itu, Wani mengakui pengajian di peringkat ijazah itu memberi kesedaran kepadanya mengenai kepentingan menuntut ilmu.

    “Sekarang baru saya faham kenapa pentingnya untuk kita menuntut ilmu.

    “Mungkin bagi sesetengah orang, benda ni hanya setakat ‘belajar’ tapi sebenarnya ia mengajar untuk melihat dunia dengan lebih luas dan pelbagai sudut berbeza,” jelasnya yang turut meluahkan hasrat untuk menyambung pengajian ke peringkat sarjana. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sidang Kemuncak SCO alu-alukan keahlian Belarus

    ASTANA, 5 JULAI – Sidang Kemuncak Majlis Ketua-ketua Negara Pertubuhan Kerjasama Shanghai (SCO) ke-24 yang berakhir kelmarin menyaksikan pencapaian luar biasa, termasuk penerimaan Deklarasi...