TUTONG, 16 April – Lebih kurang 100 orang terdiri daripada para penghulu mukim dan ketua-ketua kampung serta ahli-ahli majlis perundingan kampung (MPK) Daerah Tutong telah hadir bagi mendengarkan Taklimat Kesedaran Keselamatan Siber yang diadakan di Dewan Kediaman Rasmi Pegawai Daerah Tutong, Sungai Basong, pagi tadi. Taklimat anjuran Jabatan Daerah Tutong dengan kerjasama BruCERT itu turut