Thursday, January 16, 2025
24.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    WI serah kain penutup penyusuan di Hospital PMMPMHAMB

    Oleh Nurdiyanah R. – 

    TUTONG, 15 JAN – Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) Negara Brunei Darussalam telah menyempurnakan penyerahan kain penutup penyusuan anak damit pada majlis yang berlangsung di Klinik Obstetrik dan Ginekologi, Hospital Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah (PMMPMHAMB), Daerah Tutong, petang tadi.

    Kain penutup penyusuan anak damit ialah alat yang ringkas, praktikal dan mudah digunakan. Ia juga bertujuan untuk membantu ibu-ibu menyusukan anak damit dengan lebih selesa di tempat awam sambil menjaga privasi mereka.

    Dalam pada itu, hadir selaku tetamu kehormat pada majlis berkenaan ialah Timbalan Setiausaha Tetap (Profesional), Kementerian Kesihatan, Dr Hajah Rafidah binti Haji Gharif.

    Sesi penyerahan kain penutup penyusuan anak damit itu telah disampaikan oleh Penasihat WI Negara Brunei Darussalam, Datin Hajah Masni binti Haji Mohammad Ali kepada tetamu kehormat selaku wakil Hospital PMMPMHAMB Daerah Tutong.

    Seterusnya, bacaan Doa Selamat telah dipimpin oleh Guru Ugama (Peranti Perawatan Islam), Awang Mohamad Najib bin Haji Awang Mohamad Iskandar sebelum berakhirnya majlis.

    Oleh itu, Kementerian Kesihatan mendokong dan menyokong Inisiatif yang dijalankan oleh WI Negara Brunei Darussalam tersebut bagi hal ehwal kesejahteraan dan perlindungan kesihatan anak damit serta kanak-kanak melalui penyusuan susu ibu.

    Turut hadir pada majlis berkenaan ialah ketua-ketua jabatan, berserta pegawai-pegawai dan kakitangan di Kementerian Kesihatan.

    Pertubuhan Perkumpulan Perempuan (WI) Negara Brunei Darussalam menyerahkan kain penutup penyusuan anak damit di Klinik Obstetrik dan Ginekologi, Hospital PMMPMHAMB. Ia diharap dapat membantu ibu-ibu menyusukan anak damit dengan lebih selesa di tempat awam. – GAMBAR OLEH NURDIYANAH R.
    Datin Hajah Masni semasa menyampaikan kain penutup penyusuan anak damit kepada kepada Dr Hajah Rafidah di Hospital PMMPMHAMB Daerah Tutong. – GAMBAR OLEH NURDIYANAH R.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda