SEMPORNA, 16 April – Yayasan Sabah mewakafkan tanah dan bangunan yang dimilikinya di Mukim Bugaya untuk dijadikan Akademi Pengajian al-Quran Semporna (APACS) yang dirasmikan hari ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman. Beliau yang juga Pengerusi Yayasan Sabah berkata ini adalah bukti kerajaan Barisan Nasional (BN) Sabah yang diterajui UMNO bukan sahaja memberi penekanan