Monday, May 20, 2024
24.6 C
Brunei

    -

    Yusof tak berhubung dengan Syamsul

    Penerbit dan pengarah, Datuk Yusof Haslam tidak dapat mengesahkan mengenai dakwaan anak sulungnya, Syamsul Yusof sudah menimang cahaya mata pertama hasil perkongsian hidup bersama Ira Kazar, lapor BH Online.

    Yusof berkata, dia tidak mengetahui mengenai perkara itu kerana sudah lama tidak berhubung dengan Syamsul.

    “Saya tidak tahu hal itu, jadi jangan tanya fasal ini (terima cucu baharu). Lagi pula, saya dan isteri sudah tidak berhubung dengan Syamsul, sangat lama.

    “Jadi, saya tidak mahu komen apa-apa sebab langsung tak tahu. Kalau saya cakap mengenai perkara yang saya tidak tahu, nanti lain pula jadinya.

    “Kalau betul sekali pun (dakwaan), saya tetap tak boleh komen sebab itu di luar pengetahuan saya,” katanya ketika ditemui pada malam tayangan perdana filem Ngesot, di sebuah premis, di sini, semalam.

    Yusof tak tahu khabar Syamsul dan Ira menimang anak pertama. – mStar

    Menurut Yusof, dakwaan menantunya sedang hamil hanya diketahui ketika sesi temu bual berlangsung.

    “Ini kali pertama dengar mengenai dakwaan ini. Sebagai bapa, saya sentiasa mendoakan yang terbaik untuk Syamsul,” katanya.

    Terdahulu, timbul khabar angin mendakwa isteri kepada pengarah sensasi, Syamsul iaitu Ira Kazar sudah anak pertama mereka.

    Bagaimanapun, usia anak damit masih tidak diketahui memandangkan tiada pengesahan dibuat daripada mana-mana pihak.

    Untuk rekod, Syamsul dan Ira mendirikan rumah tangga pada 6 Januari 2023 di Thailand.

    Syamsul juga pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon, Puteri Sarah Liyana pada 8 Mac 2014, namun bercerai pada 14 Jun 2023.

    Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Syaikhul Islam, 7, dan Summayah, 5. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam pilihan raya fasa kelima

    AYODHYA, 20 MEI - Berjuta-juta orang India di 49 kawasan pilihan raya mula membuang undi pada hari ini ketika pilihan raya selama enam minggu...