Thursday, May 2, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Zahir rasa kasih sayang

    Oleh Salawati Haji Yahya & Daniel Lim

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 JULAI – Sebagai menzahirkan rasa kasih dan sayang kehadapan majlis Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang DiPertuan Negara Brunei Darussalam sempena Hari Keputeraan Baginda ke-76 tahun, Majlis Perundingan Mukim dan Kampung Kota Batu dan Kampong Ayer (Zon 1 dan 2) tadahan Zon 3 telah mengadakan majlis menaikkan bendera negara, Jumaat lalu.

    Majlis berlangsung di Kompleks Sukan Sungai Kebun, Kampung Sungai Asam di mana hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Penolong Pegawai Kerja Tingkat 1, Bahagian Institusi Mukim dan Kampung di Jabatan Daerah Brunei dan Muara, Awang Mohd Hasanhamuny bin Bakar.

    Inisiatif berkenaan dikendalikan secara bergilir-gilir setiap tahun dan untuk tahun ini, majlis dikendalikan oleh Majlis Perundingan Kampong Ayer Zon 1.

    Pada majlis itu, tetamu menyerahkan bendera kepada pasukan menaikkan bendera dengan laungan lagu Allah Selamatkan Sultan dan Puja Usia mengiringi upacara menaikkan bendera.

    Antara lain tujuan majlis berkenaan adalah untuk menyemai perpaduan dan persefahaman dalam kalangan penghulu dan ketua-ketua kampung di bawah satu zon dalam melaksanakan kegiatan berkebajikan.

    Sementara itu, majlis yang sama juga telah diadakan di Dewan Komuniti Kampung Sungai Liang kelmarin.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada acara tersebut ialah Pemangku Penghulu Mukim Liang dan Ketua Kampung Sungai Liang, Awang Mohammad Haszrin bin Bagol.

    Juga hadir ialah Pemangku Ketua Kampung Lumut 1, Awang Taib bin Haji Salleh; Pemangku Ketua Kampung Lumut 2, Haji Khairdoon bin Haji Dahlan dan Pemangku Ketua Kampung RPN Kampung Lumut, Pengiran Ahmad bin Pengiran Haji Mahmud serta penduduk dari Kampung Lumut dan Kampung Sungai Liang.

    Selepas bacaan Surah Al-Fatihah, majlis menyaksikan penyerahan bendera besar oleh tetamu kehormat kepada ahli Persatuan Bersama Sungai Liang untuk dinaikkan, diiringi nyanyian lagu kebangsaan Allah Peliharakan Sultan.

    Awang Mohd Hasanhamuny mengibarkan bendera beramai-ramai semasa upacara menaikkan bendera negara yang berlangsung di Kompleks Sukan Sungai Kebun, Kampung Sungai Asam, baru-baru ini.
    Awang Mohammad Haszrin hadir pada majlis menaikkan bendera yang diadakan di Dewan Komuniti Kampung Sungai Liang.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bangladesh catat suhu paling panas bulan April

    DHAKA, 1 MEI - Biro cuaca Bangladesh berkata hari ini bahawa bulan lalu merupakan bulan paling panas dalam rekod, dengan negara Asia Selatan dan...