Thursday, May 2, 2024
23.9 C
Brunei

    -

    Zakat fitrah: Bagaimana jika seseorang itu berada di luar negeri

    Sambungan minggu lalu

    Disediakan oleh Jabatan Mufti Kerajaan

    Menurut asy-Syeikh al-Baijuri Rahimahullah Ta‘ala, zakat hendaklah diagihkan di tempat ia wajib dikeluarkan sebagaimana disebutkan dalam kitab Hasyiah al-Baijuri:

    “Dan haram ke atas pemilik harta memindahkan zakat (fitrah) dari tempat zakat itu wajib dikeluarkan sedangkan ada orang-orang yang berhak menerimanya (di tempat itu).”

    Antara sebab kenapa zakat tidak boleh diagihkan di tempat lain adalah kerana terdapat ashnaf zakat di tempat itu.

    Para ashnaf zakat di tempat itu juga sememangnya menaruh harapan besar untuk mendapatkan habuan daripada zakat tersebut, maka apabila zakat fitrah itu dipindahkan untuk diagihkan ke tempat lain nescaya ini akan mengecewakan harapan mereka.

    Oleh itu, jelaslah bahawa jika seseorang itu berada di luar negeri sama ada bertugas ataupun sedang belajar, maka hendaklah dia membayar zakar fitrahnya itu di tempat di mana dia berada dan tidak boleh zakatnya itu dikeluarkan oleh ahli keluarganya di tanah airnya.

    Jika ahli keluarganya membayar zakat itu di tanah airnya, perbuatan tersebut dikira memindahkan zakat, sedangkan memindahkan zakat ke tempat lain adalah tidak harus selagi di tempat itu terdapat orang yang berhak menerimanya.

    Antara sebab kenapa zakat tidak boleh diagihkan di tempat lain adalah kerana terdapat ashnaf zakat di tempat itu.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Bangladesh catat suhu paling panas bulan April

    DHAKA, 1 MEI - Biro cuaca Bangladesh berkata hari ini bahawa bulan lalu merupakan bulan paling panas dalam rekod, dengan negara Asia Selatan dan...