Sunday, May 5, 2024
29 C
Brunei

    -

    Zverev tersingkir dari Acapulco selepas mengamuk

    ACAPULCO, MEXICO, 24 FEB – Juara tenis Olimpik Jerman, Alexander Zverev telah disingkirkan daripada Terbuka Mexico di Acapulco selepas menghempas raketnya di kerusi pengadil beberapa kali dan menghamburkan kata-kata kesat kepada pegawai itu, ATP mengumumkan kelmarin.

    “Disebabkan tingkah laku yang tidak mempunyai semangat kesukaran pada akhir perlawanan beregunya Selasa lalu, Alexander Zverev telah ditarik balik daripada kejohanan di Acapulco,” menurut kenyataan badan induk tenis lelaki itu.

    Zverev – ranking nombor tiga dunia – hilang sabar apabila dia dan gandingan beregu Marcelo Melo dari Brazil ditewaskan 6-2, 4-6, 10-6 oleh pemain Britain, Lloyd Glasspool dan Harri Heliovaara dari Finland.

    Juara bertahan berusia 24 tahun itu mengetuk raketnya tiga kali di bawah kaki pengadil Alessandro Germani sebelum mengambil tempat duduknya dan kemudian bangkit semula untuk memaki hamun pegawai itu dengan kata kesat dan memecahkan kerusi buat kali terakhir.

    Dia nampaknya jengkel dengan keputusan pengadil semasa perlawanan itu.

    Zverev telah terlibat dalam pertarungan perseorangan pusingan pertama maraton dengan pemain AS, Jenson Brooksby yang telah berakhir awal Selasa lalu – penamat terbaharu kepada perlawanan tenis profesional.

    Zverev menyelamatkan dua mata perlawanan sebelum melengkapkan kemenangan 3-6, 7-6 (12/10), 6-2 pada 4:54 pagi waktu tempatan.

    Perlawanan pusingan pertama pada acara ATP berlangsung selama tiga jam 19 minit. – AFP

    Aksi Alexander Zverev mengembalikan bola dalam perlawanan tenis beregu di Terbuka Mexico, Acapulco kelmarin. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Pakistan catat hujan paling tinggi pada April dalam tempoh lebih 60...

    ISLAMABAD, 5 MEI - Pakistan mengalami bulan April paling banyak menerima curahan hujan sejak 1961, iaitu dua kali ganda hujan daripada biasa untuk bulan...