Friday, April 26, 2024
33.6 C
Brunei

    -

    Adibah Noor tegur DJ jangan berlebihan

    Mengada-ngada! Itu yang disifatkan penyanyi Adibah Noor ketika menegur penyampai radio berbahasa Inggeris yang menyebut perkataan ringgit dengan slang Inggeris.

    Menurut Adibah, 52, cara sebutan tersebut keterlaluan sedangkan penyampai itu dibesarkan di Malaysia dan sudah menggunakan perkataan itu sejak kecil.

    “Kadang-kadang tidak faham apabila dengar stesen radio berbahasa Inggeris.

    “Jika awda orang Malaysia dan bukan berasal dari luar negara, jangan hendak mengada-ngada sebut ‘ring it’ sedangkan sebutan sebenar ‘ringgit’.

    “Daripada kecil lagi sudah sebut ringgit, hanya kerana jadi penyampai radio bahasa Inggeris tidak boleh sebut ringgit,” ujar Adibah dalam satu video di laman sosial Instagram miliknya baru-baru ini.

    Adibah Noor menegur penyampai radio berbahasa Inggeris yang menyebut perkataan ringgit dengan slang Inggeris. – Agensi

    Sebelum ini, bekas peserta Gegar Vaganza musim kelapan (GV8) ini juga pernah menegur ucapan seorang menteri kerana tersalah menyebut beberapa perkataan dalam bahasa Inggeris.

    Selain itu, Adibah juga pernah membetulkan kesalahan sama yang dilakukan oleh penyampai berita sebelum ini.
    Biarpun pernah dikritik, Adibah memberitahu ia tidak pernah patahkan semangatnya untuk terus berkongsi ilmu dengan orang ramai.

    “Tujuan dan niat saya adalah untuk berkongsi apa yang saya tahu, memperbetulkan sebutan dan bukan hendak jatuhkan sesiapa,” ujar Adibah dalam temubual bersama mStar sebelum ini. – Agensi

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Rundingan AS-China bermula dengan amaran tentang salah faham dan salah perhitungan

    BEIJING, 26 APRIL - Amerika Syarikat dan China bertelagah mengenai beberapa isu dua hala, serantau dan global yang menjadi perbalahan ketika Setiausaha Negara Amerika...