Oleh Yusrin Junaidi –
BANDAR SERI BEGAWAN, 15 SEPT – Seramai 10 orang atlet veteran Daerah Tutong, Negara Brunei Darussalam kelmarin berlepas ke Kuala Lumpur bagi menyertai Kejohanan Olahraga Master Antarabangsa Malaysia 2023 ke-35 yang bermula esok hingga 17 September ini.
Rombongan berkenaan diketuai oleh Dayang Husna binti Abdullah.
Menurut beliau, para atlet akan bertanding dalam acara sukan padang dan balapan.
Acara sukan yang dipertandingkan ialah sukan rejam lembing, lompat jauh, lompat kijang dan lempar cakera.
Selain itu, para atlet juga menyertai acara sukan larian 100 meter (m), 200m, 400m, 800m, 1,500m dan banyak lagi.
Antara negara yang serta dalam kejohanan berkenaan ialah Singapura, Sri Lanka, Indonesia, India, China.
