Monday, May 20, 2024
34.6 C
Brunei

    -

    14 syarikat didenda, gagal hadapkan penyata cukai pendapatan

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 MEI – Pada tempoh Januari hingga Mac 2024, sebanyak 14 buah syarikat tempatan telah diarahkan untuk membayar denda di Mahkamah Majistret kerana gagal mematuhi Seksyen 52(1) Akta Cukai Pendapatan (Penggal 35) menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Bahagian Hasil, Kementerian Kewangan dan Ekonomi, di sini.

    Syarikat-syarikat berkenaan telah gagal untuk menghadapkan Penyata Cukai Pendapatan bagi tiap-tiap Tahun Kewangan yang berkenaan.

    Sebanyak tiga buah syarikat masing-masing dikenakan denda sebanyak $5,000 kerana gagal menghadapkan Penyata Cukai Pendapatan bagi Tahun-Tahun Kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2015, 2016, 2017, 2018 dan 2019.

    Sebuah syarikat dikenakan denda sebanyak $4,500 kerana gagal menghadapkan Penyata Cukai Pendapatan bagi Tahun-Tahun Kewangan yang berakhir 31 Disember 2017, 2018 dan 2019.

    Sebuah syarikat dikenakan denda sebanyak $4,000 kerana gagal untuk menghadapkan Penyata Cukai Pendapatan bagi Tahun-Tahun Kewangan yang berakhir 31 Disember 2016, 2017, 2018 dan 2019.

    Sebanyak dua buah syarikat masing-masing dikenakan denda sebanyak $3,000 kerana gagal untuk menghadapkan Penyata Cukai Pendapatan bagi Tahun-Tahun Kewangan yang berakhir 31 Disember 2017, 2018 dan 2019.

    Sebanyak dua buah syarikat masing-masing dikenakan denda sebanyak $2,000 kerana gagal untuk menghadapkan Penyata Cukai Pendapatan bagi Tahun Kewangan berakhir 31 Disember 2019.

    Sebanyak dua buah syarikat masing-masing dikenakan denda sebanyak $2,000 kerana gagal untuk menghadapkan Penyata Cukai Pendapatan bagi Tahun-Tahun Kewangan berakhur 31 Disember 2018 dan 2019.

    Sebanyak tiga buah syarikat masing-masing dikenakan denda sebanyak $1,000 kerana gagal menghadapkan Penyata Cukai Pendapatan bagi Tahun Kewangan yang berakhir pada 31 Disember 2019.

    Bahagian Hasil, Kementerian Kewangan dan Ekonomi ingin mengingatkan syarikat-syarikat yang berdaftar di bawah Akta Syarikat, Penggal 39 adalah dikehendaki untuk menghadapkan Penyata Cukai Pendapatan masing-masing selewat-lewatnya pada 30 Jun bagi Tahun Taksiran yang berkenaan seperti yang dikehendaki di bawah Seksyen 52(1) dari Akta Cukai Pendapatan (Penggal 35).

    Jika sabit bersalah kerana gagal menghadapkannya, di samping dikehendaki untuk membayar denda yang dikenakan oleh Mahkamah, syarikat terbabit juga dikehendaki untuk menghadapkan Penyata Cukai Pendapatan yang tertunggak dan membayar Cukai Pendapatan yang tertunggak serta penalti yang dikenakan iaitu maksimum 17 peratus daripada jumlah cukai yang tertunggak, jika ada.

    – Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Lai Ching-te dilantik sebagai presiden Taiwan

    TAIPEI, 20 MEI - Lai Ching-te mengangkat sumpah sebagai presiden baharu Taiwan pada Isnin, memulakan penggal di mana beliau dijangka meneruskan dasar kemerdekaan de...