Monday, May 20, 2024
34.6 C
Brunei

    -

    Syarikat roti Jepun tarik balik produk berhubung penemuan badan tikus

    TOKYO, 9 MEI – Pengeluar roti dari Jepun, Pasco Shikishima Corp pada Rabu secara sukarela menarik balik kira-kira 104,000 paket jenama roti Chojuku selepas bahagian tubuh tikus ditemukan dalam dua paket yang dihasilkan pada barisan pengeluaran yang sama.

    Penarikan balik roti itu melibatkan Chojuku Yamagata 5 keping dan Chojuku Yamagata 6 keping yang dihasilkan di Kilang Pasco Tokyo Tama dengan tarikh luput antara 7 Mei dan 11 Mei,  lapor agensi berita Xinhua memetik pembuat roti yang berpusat di Nagoya itu.

    Menurut syarikat itu, langkah penarikan semula produk diambil selepas dua pelanggan melaporkan pada Ahad bahawa objek menyerupai haiwan kecil ditemukan dalam paket roti keping, yang kemudian disahkan sebagai bahagian tubuh tikus.

    Tiada ancaman kesihatan dilaporkan setakat ini. – Bernama

    – Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Lai Ching-te dilantik sebagai presiden Taiwan

    TAIPEI, 20 MEI - Lai Ching-te mengangkat sumpah sebagai presiden baharu Taiwan pada Isnin, memulakan penggal di mana beliau dijangka meneruskan dasar kemerdekaan de...