Monday, May 20, 2024
28.6 C
Brunei

    -

    2 wanita tempatan dipenjara dua bulan

    Oleh Nour Maghfirah –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 MAC – Majistret Syaffina binti Shahif kelmarin menjatuhkan hukuman penjara dua bulan kepada dua orang wanita tempatan selepas mereka mengaku bersalah menyalahgunakan harta.

    Pendakwa Raya Abdul Musawwir bin Haji Mahli mendedahkan bahawa Zulleynah binti Haji Jalil/Mohammad, 46; dan Haslinda binti Haji Moksin, 49, pergi ke sebuah pasar raya di Tutong Central Mall pada pagi 28 Februari lalu.

    Pada masa yang sama, seorang lagi pembeli telah meninggalkan begnya di atas troli membeli-belah semasa memasukkan barang-barangnya ke dalam keretanya.

    Kedua-dua defendan melihat beg itu dan mengambilnya. Mereka kemudian pergi membeli-belah di pasar raya dan pergi ke pantai untuk melihat bahagian dalam beg itu.

    Setelah itu, mereka menemui dua telefon bimbit dan wang tunai $530 di dalamnya. Kemudian mereka membuang telefon bimbit itu, dan menyimpan wang tunai berkenaan.

    Selepas itu, kedua-duanya turut membakar beg itu.

    Mangsa menyedari begnya tiada ketika dia pergi ke pasar raya lain. Dia kemudian memfailkan laporan polis, yang selepas siasatan membawa kepada penahanan kedua-duanya dan hanya wang tunai yang ditemui.

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam pilihan raya fasa kelima

    AYODHYA, 20 MEI - Berjuta-juta orang India di 49 kawasan pilihan raya mula membuang undi pada hari ini ketika pilihan raya selama enam minggu...