Friday, May 10, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    PSB, KUPU SB kongsi maklumat sejarah kemerdekaan negara

    Oleh Daniel Lim – 

    BELAIT, 18 MAC – Bagi memeriahkan lagi sambutan Hari Kebangsaan ke-40, forum Bicara Semarak Hari Kebangsaan telah diadakan di Daerah Belait di Pusat Insani, Seria awal pagi tadi.

    Ceramah tersebut dianjurkan oleh Pusat Sejarah Brunei (PSB), Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan dengan kerjasama Kementerian Hal Ehwal Ugama melalui Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan (KUPU SB) dan Jabatan Pengajian Islam (JPI).

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pemangku Pegawai Daerah Belait, Haji Amirol Hafidzin bin Haji Muhammad.

    Forum yang bertemakan Menghargai Perjuangan Generasi Tua ke arah Masa Depan yang Mampan dan Cemerlang itu disampaikan oleh Pengetua Pusat Sejarah Brunei, Dr Haji Muhammad Hadi bin Muhammad Melayong dan Pengarah Pusat Ilmu Teras KUPU SB, Dr Haji Noralizam bin Haji Aliakbar dan dikendalikan moderator, Pegawai Pendidikan dari JPI, KHEU, Haji Muhammad Jaya bin Haji Metussin.

    Antara topik yang dibincangkan termasuk pemahaman dan penghayatan nilai kemerdekaan negara dari perspektif sejarah dan aspirasi negara yang telah dicapai sehingga kini.

    Maklumat mengenai sejarah perjalanan kemerdekaan negara serta peranan dan sumbangan generasi terdahulu turut dikongsi semasa forum tersebut.

    Sebelum ini, forum itu juga diadakan di Daerah Tutong pada 14 Mac dan di Daerah Temburong pada 16 Mac.

    Dr Haji Muhammad Hadi, Dr Haji Noralizam dan Haji Muhammad Jaya semasa menyampaikan forum pada majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    Haji Amirol Hafidzin dan antara jemputan yang hadir semasa majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Syarikat roti Jepun tarik balik produk berhubung penemuan badan tikus

    TOKYO, 9 MEI - Pengeluar roti dari Jepun, Pasco Shikishima Corp pada Rabu secara sukarela menarik balik kira-kira 104,000 paket jenama roti Chojuku selepas...