Friday, March 14, 2025
32.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    7 maut dalam letupan bom di Pakistan

    ISLAMABAD, 8 OGOS – Sebutir bom meletup berhampiran sebuah kenderaan di wilayah Balochistan barat daya Pakistan, mengorbankan sekurang-kurangnya tujuh orang termasuk seorang ahli politik tempatan, kata pegawai kerajaan dan polis.

    Kejadian itu berlaku lewat semalam apabila bom diletakkan di tepi jalan melanda kenderaan seorang pengerusi majlis kesatuan dan orang ramai yang pulang dari majlis perkahwinan di daerah Panjgur di wilayah itu, Xinhua memetik Timbalan Pesuruhjaya Panjgur Amjad Somro seperti dilaporkan oleh media tempatan.

    Bom itu diletupkan melalui alat kawalan jauh, kata polis, sambil menambah kenderaan berkenaan rosak sepenuhnya akibat letupan tersebut.

    Susulan kejadian itu, polis dan pasukan keselamatan menutup kawasan itu dan melancarkan operasi bagi menangkap pelakunya.

    Tiada kumpulan atau individu mengaku bertanggungjawab terhadap serangan itu. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda