Thursday, September 19, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Syarikat kena denda kompaun, buang sampah merata

    Oleh Daniel Lim

    BELAIT, 16 SEPT – Sebuah syarikat dikenakan denda kompaun $2,000 oleh Jabatan Alam Sekitar, Taman dan Rekreasi (JASTRe) kerana melakukan kesalahan membuang sampah di kawasan Kampung Serasa pada 12 September lalu.

    Denda itu dikeluarkan mengikut Bab 12 (1) Akta Kesalahan-kesalahan Rampaian 2021. Syarikat tersebut diberi masa tujuh hari untuk menjelaskan denda itu. Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan kes tersebut dibawa ke mahkamah.

    Jika disabit kesalahan, syarikat itu boleh dikenakan denda di antara $2,000 dan $10,000 bagi kesalahan pertama dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya boleh dikenakan denda tidak kurang $10,000 dan tidak melebihi $30,000 dan hukuman penjara tidak melebihi 12 bulan, atau kedua-duanya sekali.

    Orang ramai khususnya syarikat dan pemilik premis komersial diingatkan supaya sentiasa menjaga kebersihan persekitaran dan tidak membuang sampah di kawasan awam.

    Gambar menunjukkan sampah yang dibuang secara haram oleh syarikat tersebut. – GAMBAR-GAMBAR SERAHAN JASTRE

     

     

     

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda