Monday, May 20, 2024
28.6 C
Brunei

    -

    831 terima pek makanan iftar

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 MAC – Dalam mengambil berkah berlipat ganda pada bulan Ramadan ini, Majlis Kesejahteraan Masyarakat (MKM) telah meneruskan lagi projek pengagihan makanan iftar kepada 831 klien MKM di keempat-empat daerah, hari ini.

    Daripada jumlah itu, 503 klien dari Daerah Brunei dan Muara dan Tutong manakala 171 klien dari Daerah Belait dan 157 klien lagi dari Daerah Temburong.

    Pengagihan makanan iftar secara pek makanan itu berlangsung di Pejabat MKM di Kampung Anggerek Desa.

    Perkara berkenaan telah dikongsikan oleh Naib Yang Dipertua Kedua MKM, Haji Mohd Laini bin Haji Majid semasa ditemu bual di pejabat MKM, hari ini, di mana beliau seterusnya menjelaskan, pembiayaan perbelanjaan bagi projek pengagihan makanan iftar berkenaan merupakan sumbangan daripada orang ramai yang dikhususkan untuk juadah bersungkai sahaja.

    Projek berkenaan berlangsung selama 20 hari bermula pada 2 Ramadan lalu, di mana pengagihan makanan iftar selama 15 hari adalah hasil sumbangan daripada orang ramai manakala selebihnya disumbangkan oleh sebuah restoran di negara ini.

    Beliau turut mengongsikan, antara lain tujuan projek tahunan MKM itu adalah untuk meringankan beban keluarga kurang berkemampuan agar mereka dapat sama-sama menikmati juadah berbuka puasa dengan makanan yang lebih menyihatkan.

    Dalam menjayakan pengagihan makanan iftar untuk tahun ini, jelasnya, selain melibatkan ahli-ahli MKM, ia turut dibantu oleh ahli-ahli Youth Wing MKM serta para sukarelawan dari Universiti Brunei Darussalam (UBD) dan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA).

    Haji Mohd Laini dan ahli-ahli MKM serta sukarelawan bergambar ramai semasa projek berkenaan. – GAMBAR OLEH SALAWATI HAJI YAHYA
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam pilihan raya fasa kelima

    AYODHYA, 20 MEI - Berjuta-juta orang India di 49 kawasan pilihan raya mula membuang undi pada hari ini ketika pilihan raya selama enam minggu...