Friday, May 10, 2024
23.6 C
Brunei

    -

    Jualan Amal Hari Raya Aidilfitri meriah

    Oleh Daniel Lim – 

    BELAIT, 17 MAC – Sebagai sebahagian daripada aktiviti tahunan, Persatuan Pertiwi telah menganjurkan Jualan Amal Hari Raya Aidilfitri kali ke-38 di Cawangan Seria Pejabat Daerah Belait pagi kelmarin.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pemangku Pegawai Daerah Belait, Haji Amirol Hafidzin bin Haji Muhammad serta isteri, Dayang Khairunnisa Nadiah binti Abdul Ghani.
    Kedatangan mereka dialu-alukan oleh pengerusi persatuan, Dayang Fatimah binti Tanji.

    Semasa majlis, pengerusi telah menyerahkan sebahagian daripada keuntungan tahun lalu berjumlah $3,467.42 kepada Kumpulan Wang Anak Yatim Daerah Belait yang diterima Pemangku Pegawai Daerah Belait.

    Selepas memotong reben merasmikan jualan amal, tetamu melawat gerai-gerai menjual pelbagai makanan dan produk yang didirikan di premis berkenaan.

    Sama seperti jualan amal yang diadakan pada tahun-tahun sebelumnya, 10 peratus daripada keuntungan akan disalurkan kepada Tabung Anak Yatim Daerah Belait.

    Gerai-gerai tersebut akan dibuka setiap hari dari pagi hingga malam sehingga akhir bulan puasa, kecuali hari Jumaat ditutup pada waktu tengah hari.

    Pemangku Pegawai Daerah Belait merasmikan jualan amal semasa majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    Haji Amirol Hafidzin melawat ke salah satu petak jualan yang telah disediakan semasa majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Syarikat roti Jepun tarik balik produk berhubung penemuan badan tikus

    TOKYO, 9 MEI - Pengeluar roti dari Jepun, Pasco Shikishima Corp pada Rabu secara sukarela menarik balik kira-kira 104,000 paket jenama roti Chojuku selepas...