Monday, May 20, 2024
28.6 C
Brunei

    -

    Acara sungkai GHK Motors erat silaturahim

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 MAC – GHK Motors Sdn Bhd kelmarin telah mengadakan Majlis Sungkai di Goldiana Cafe & Lounge, Hotel Mulia dengan menjemput pengurusan dan jualan dan pemasaran daripada Baiduri Finance Berhad, BIBD At-Tamwil Bhd, Perbadanan Tabung Amanah Islam Brunei (TAIB) dan ahli media.

    Acara bertujuan untuk memberikan peluang bagi mengukuhkan lagi hubungan silaturahim yang sedia ada antara GHK Motors dan rakan-rakan kongsi perbankan dan untuk menyampaikan penghargaan kepada ahli media atas sokongan berterusan dengan penyediaan promosi dengan meluas.

    Turut hadir ialah perwakilan GHK Auto Assembly Sdn Bhd, Kris Wira, GHK Transportation dan Unified National Networks (UNN).

    Hadir selaku tetamu khas ialah Pengarah GHK Motors, Jake Goh; Pengurus Jualan, Jason Chai; Pemasaran Digital, Siraaj Rosanan; Pemasaran Digital, Asri Haji Abu Bakar dan Penganalisis dan Pemasaran Data, Hamizah.

    Jake Goh, Jason Chai, Siraaj Rosanan dan Asri Haji Abu Bakar serta antara jemputan yang hadir bergambar ramai semasa majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Lai Ching-te dilantik sebagai presiden Taiwan

    TAIPEI, 20 MEI - Lai Ching-te mengangkat sumpah sebagai presiden baharu Taiwan pada Isnin, memulakan penggal di mana beliau dijangka meneruskan dasar kemerdekaan de...