Friday, May 10, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Pemilik kereta klasik adakan acara berbuka puasa

    Oleh Daniel Lim – 

    BELAIT, 17 MAC – Sebagai sebahagian daripada acara Sungkai Ride 2024, pemilik kereta klasik dari Brunei dan Malaysia telah berpeluang untuk berkongsi detik berbuka puasa yang diadakan di salah satu dewan Hotel Garden Sentral serta ruang legar terbuka yang berhampiran.

    Dianjurkan oleh KB Squad Old School, acara itu dihadiri lebih 60 pemilik kereta klasik dan keluarga mereka yang membawa lebih 30 kereta klasik yang berkumpul di tingkat bawah hotel.

    Dalam ucapan perasmian yang dibuat oleh wakil ketua Skuad KB Old School, Haji Mohd Fitzila bin Haji Mohd Yunus menjelaskan bahawa perhimpunan tersebut bukan sahaja bertujuan untuk menyemarakkan lagi bulan Ramadan dalam berbuka puasa bersama-sama, malah dapat menghimpunkan pemilik kereta yang sehaluan dalam mempamerkan rasa cinta dan semangat mereka terhadap kereta klasik.

    “Selain pemilik kereta dari Daerah Belait, kami juga mengalu-alukan pemilik kereta klasik dari Daerah Brunei dan Muara, Miri, dan dari Kuala Lumpur yang datang ke sini untuk berkongsi kecintaan mereka terhadap kereta klasik,” tambahnya.

    Selepas ucapan beliau, acara diteruskan dengan bacaan Doa Selamat dan tahlil yang diketuai oleh Awang Ahmad Dani bin Haji Abdul Rahman yang kemudiannya diikuti dengan majlis berbuka puasa.

    Pemilik kereta klasik dari Brunei dan Malaysia bergambar ramai semasa perhimpunan berkenaan. – GAMBAR OLEH DANIEL LIM
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Syarikat roti Jepun tarik balik produk berhubung penemuan badan tikus

    TOKYO, 9 MEI - Pengeluar roti dari Jepun, Pasco Shikishima Corp pada Rabu secara sukarela menarik balik kira-kira 104,000 paket jenama roti Chojuku selepas...