Monday, May 20, 2024
34.6 C
Brunei

    -

    Anthropic umum model AI baharu

    SAN FRANCISCO, 5 MAC – Anthropic, yang memainkan peranan utama dalam kecerdasan buatan generatif, telah mengumumkan model baharu untuk merangsang chatbot Claudenya, kata syarikat itu kelmarin, ketika ChatGPT menghadapi lebih banyak saingan.

    Syarikat itu berkata tiga model AI baharu yang diberi nama Claude 3 Opus, Sonnet dan Haiku merupakan alat yang paling berprestasi tinggi setakat ini dan menerajui industri dari segi keupayaannya untuk memadankan kecerdasan manusia.

    Ditubuhkan pada 2021, Anthropic telah diasaskan oleh bekas pekerja OpenAI, syarikat di sebalik ChatGPT yang telah dibiayai oleh Google dan bekerjasama dengan Amazon untuk membina teknologi baharu.

    Syarikat itu telah menjadi terkenal kerana mengeluarkan model AI yang berusaha untuk mengenakan kawalan lebih ketat daripada ChatGPT dan saingan chatbot lain.

    Namun pendekatan itu telah menghadapi halangan selepas keluaran model Gemini Google pada bulan lepas menerima kritikan kerana kesilapan seperti menghasilkan imej tentang tentera Nazi semasa Perang Dunia Kedua.

    Beberapa pemerhati industri juga mengadu chatbot telah menjadi kurang menarik apabila syarikat memperkenalkan kawalan yang lebih ketat sebagai tindak balas terhadap kontroversi yang melibatkan teknologi yang terkeluar dari landasan atau memberikan jawapan yang tidak betul.

    Menyedari sistem keselamatan AI itu mencatat lebih banyak kemajuan, Anthropic berkata model baharu itu akan mengelak daripada membuat ‘penolakan tidak wajar’ yang menjadi masalah untuk keluaran awalnya.

    “Opus, Sonnet dan Haiku berkemungkinan kecil menolak untuk menjawab gesaan berkaitan kawalan sistem berbanding model generasi sebelumnya,” katanya.

    Anthropic berkata modelnya Opus adalah yang paling berkuasa dan boleh mengatasi rakan sebayanya dalam penanda aras utama, termasuk matematik. – AFP

    Gambar fail menunjukkan teks daripada halaman ChatGPT tapak web OpenAI di New York, pada 2 Februari 2023. Berkenaan AI, Anthropic telah mengeluarkan tiga model baharu yang mampu menyaingi ChatGPT. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Lai Ching-te dilantik sebagai presiden Taiwan

    TAIPEI, 20 MEI - Lai Ching-te mengangkat sumpah sebagai presiden baharu Taiwan pada Isnin, memulakan penggal di mana beliau dijangka meneruskan dasar kemerdekaan de...