Monday, May 20, 2024
24.6 C
Brunei

    -

    AS batal beberapa lesen eksport cip ke Huawei China

    WASHINGTON, 9 MEI – Amerika Syarikat (AS) telah membatalkan beberapa lesen eksport yang membenarkan syarikat seperti firma cip AS, Qualcomm untuk membekalkan kepada gergasi teknologi China Huawei, menurut Jabatan Perdagangan kelmarin.

    Langkah itu menambah tekanan ke atas Huawei, yang telah lama terperangkap dalam persaingan teknologi yang sengit antara Beijing dan Washington berhubung kebimbangan AS bahawa ia boleh digunakan untuk operasi pengintipan China.

    Pembatalan itu dibuat selepas penggubal undang-undang Republik menggesa pentadbiran Presiden Joe Biden untuk menyekat semua lesen eksport kepada syarikat itu berikutan pengeluaran komputer baharu yang dikuasakan oleh chipset oleh gergasi cip AS, Intel.

    “Kami tidak mengulas sebarang lesen khusus, tetapi kami boleh mengesahkan bahawa kami telah membatalkan lesen tertentu untuk eksport ke Huawei,” tambah jurucakap Jabatan Perdagangan dalam satu kenyataan kepada AFP.

    Sekatan pada 2019 yang menghalang akses Huawei kepada komponen buatan AS telah memberi tamparan hebat kepada pengeluaran telefon pintar itu.

    Qualcomm mengesahkan kelmarin bahawa Jabatan Perdagangan “membatalkan lesen eksport tertentu untuk Huawei dalam industri kami, termasuk salah satu lesen kami,” dan berkata mereka akan mematuhinya.

    Sementara itu, Jurucakap Kementerian Perdagangan China berkata Beijing ‘dengan tegas menentang’ langkah itu.

    “China akan mengambil semua langkah yang perlu untuk melindungi hak dan kepentingan sah firma China dengan tegas,” kata jurucakap itu sambil menggelar sekatan eksport AS sebagai ‘paksaan ekonomi’. – AFP

    Logo Huawei dilihat semasa Persidangan Kepintaran Buatan Dunia (WAIC) di Shanghai pada 6 Julai 2023. AS batal beberapa lesen eksport ke Huawei pada 8 Mei. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam pilihan raya fasa kelima

    AYODHYA, 20 MEI - Berjuta-juta orang India di 49 kawasan pilihan raya mula membuang undi pada hari ini ketika pilihan raya selama enam minggu...