Monday, May 20, 2024
25.6 C
Brunei

    -

    Enam terbunuh di Pakistan, dipercayai serangan etnik

    QUETTA, 9 MEI – Enam pekerja asing ditembak mati di barat daya Pakistan, kata polis hari ini, di wilayah di mana pemberontak telah lama melancarkan keganasan etnik terhadap orang luar.

    Pekerja-pekerja berkenaan dibunuh lewat kelmarin di kediaman mereka, 25 kilometer dari daerah Gwadar di wilayah Balochistan.

    Menurut polis, mangsa-mangsa berkenaan yang sebelum ini berhijrah ke wilayah itu dan bekerja sebagai tukang gunting rambut, dipercayai menjadi sasaran kerana mereka adalah orang Punjabi.

    “Kami sedang menyiasat perkara itu pada masa ini tetapi nampaknya mereka diserang kerana mereka orang Punjabi,” kata Muhammad Mohsin, seorang pegawai kanan polis di Gwadar, sambil menambah bahawa enam terbunuh dan seorang cedera.

    Menurut seorang lagi pegawai polis, Zohaib Ahmad, pihaknya mengesahkan jumlah kematian dan keenam-enam mangsa telah ditembak mati di dalam rumah mereka.

    Balochistan adalah wilayah terbesar di Pakistan, namun paling miskin walaupun terdapat banyak sumber semula jadi di kawasan berkenaan.

    Sebelum ini, kumpulan pemberontak di Pakistan telah menyasarkan etnik Punjabi dan Sindhi, serta mereka percaya bahawa orang asing telah mengeksploitasi wilayah miskin berkenaan dan tidak berkongsi hasil kekayaan di kawasan berkenaan. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam pilihan raya fasa kelima

    AYODHYA, 20 MEI - Berjuta-juta orang India di 49 kawasan pilihan raya mula membuang undi pada hari ini ketika pilihan raya selama enam minggu...