Monday, May 20, 2024
25.6 C
Brunei

    -

    POLSARA semarak sambutan raya

    Oleh Yusrin Junaidi – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 9 MEI – Walaupun Syawal sudah menghampiri ke penghujungnya, suasana sambutan Hari Raya masih lagi disambut dengan meriah.

    Lebih 90 orang mantan polis berserta ahli keluarga dari Persatuan Anggota Polis Diraja Brunei yang Bersara (POLSARA) tidak ketinggalan untuk meraikan Hari Raya Aidilfitri yang diadakan baru-baru ini.

    Hadir selaku tetamu kehormat ialah Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Dato Paduka Seri Haji Mohd Irwan bin Haji Hambali. Kehadiran beliau dialu-alukan oleh Setiausaha Agung POLSARA, Supt (B) Haji Awang Yahya bin Haji lbrahim selaku pengerusi majlis bersama ahli-ahli Jawatankuasa POLSARA.

    Turut hadir meraikan majlis tersebut ialah mantan-mantan Pesuruhjaya Polis iaitu Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Maharaja Kerna Dato Paduka Seri Haji Yaakub bin Pehin Orang Kaya Maharaja Diraja Dato Paduka Haji Zainal dan Yang Dimuliakan Pehin Orang Kaya Pendikar Alam Dato Paduka Haji Hasrin bin Dato Paduka Haji Sabtu berserta isteri masing-masing.

    Pada majlis berkenaan mantan-mantan pegawai kanan dan pegawai-pegawai kanan polis dari Ibu Pejabat Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei yang masih berkhidmat juga dijemput hadir bagi memeriahkan majlis yang mana diadakan setiap tahun sejak POLSARA ditubuhkan.

    Dalam majlis itu, para jemputan khas serta ahli-ahli yang lain berkesempatan untuk beramah mesra dengan tetamu kehormat bagi menjalin hubungan silaturahim yang lebih erat.

    Ahli POLSARA bergambar ramai semasa majlis tersebut. – GAMBAR SERAHAN POLSARA
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    India mengundi dalam pilihan raya fasa kelima

    AYODHYA, 20 MEI - Berjuta-juta orang India di 49 kawasan pilihan raya mula membuang undi pada hari ini ketika pilihan raya selama enam minggu...