MOSCOW, 23 OGOS – Syarikat farmaseutikal British-Sweden, AstraZeneca mungkin memindahkan operasi pengeluaran vaksinnya dari United Kingdom (UK) ke Amerika Syarikat jika kerajaan Parti Buruh mengurangkan pembiayaan yang telah dijanjikan oleh Parti Konservatif, lapor Sputnik memetik laporan akhbar, Financial Times, hari ini.
Syarikat itu memberi amaran kepada kerajaan UK bahawa ia mungkin memindahkan kemudahan pengeluaran vaksinnya di Merseyside ke Philadelphia di tengah-tengah kebuntuan rundingan mengenai rancangan Parti Buruh untuk mengurangkan bantuan ke-rajaan bagi projek itu daripada £90 juta kepada £40 juta. AstraZeneca dilapor menjangkakan sokongan kewangan yang lebih besar di Philadelphia. Syarikat itu juga mungkin memindahkan operasi pengeluaran vaksinnya ke India, menurut Financial Times. – Bernama