SYDNEY, 19 JAN – Pihak berkuasa Australia mengisytiharkan bencana alam di beberapa kawasan di timur negara itu selepas ribut kuat menyebabkan pokok tumbang dan bekalan elektrik terputus di puluhan ribu kediaman.
Hujan lebat, kilat dan angin kencang dengan kelajuan sehingga 100 kilometer sejam membadai Sydney dan kawasan lain di New South Wales (NSW) sejak Rabu lalu.
Dengan banyak talian elektrik rosak, kira-kira 30,000 premis masih tidak mempunyai bekalan elektrik kelmarin – kurang daripada lebih 260,000 yang terjejas sebelum ini, kata Menteri Perkhidmatan Kecemasan negeri, Jihad Dib.
“Ini adalah insiden yang memberi kesan kepada seluruh negeri,” katanya kepada pemberita.
Perkhidmatan kecemasan telah bertindak balas terhadap lebih 7,000 insiden di seluruh NSW, tambahnya. “Kami tahu ini adalah situasi yang sukar untuk dilalui.”
Setakat ini, bencana telah diisytiharkan di tiga kawasan kerajaan tempatan, memberikan sokongan kepada mereka yang memerlukan tempat tinggal sementara, barang keperluan asas, pembaikan dan pembersihan. – AFP